Tuesday, November 1, 2011

Berbaloi Kah?

Berbaloi..
Memberi pulangan yang memuaskan hati..
Sering difikirkan oleh orang yang mahu berniaga dan melabur..
Aku juga fikirkannya..
Tapi bukan untuk perniagaan atau perlaburan..
Tapi dalam perhubungan..
Samada dengan kekasih, kawan, rakan sekerja dan majikan..

Perbaloian (ada ke istilah ni?) sering difikirkan aku..................
Berbaloi ke setia?
Berbaloi ke berkorban?
Berbaloi ke bertolak ansur?
Berbaloi ke berada di sisi nya?
Berbaloi ke bertahan untuk dia?
Berbaloi ke?

Sentiasa difikirkan,
walaupun kepada lelaki yang aku cinta.....



Tapi aku tahu,
Berbaloi bersama keluarga aku.....

Dan perbaloian yang pasti dan yakin,
Bersama Yang Esa.