Monday, August 17, 2009

aPa YaNG MiRaCLe?

Pada saya, apa yang ajaib adalah apabila seorang lelaki hanya menyintai seorang perempuan dalam hidup seumur hidup dia. Sangat ajaib! :-) Ajaib ini boleh terjadi kepada mana-mana jenis lelaki dalam dunia ini. Samada lelaki yang jahat, lelaki yang baik, lelaki yang teruk (totally jerk), lelaki yang selfish, lelaki yang pemalu, lelaki yang ego tinggi, lelaki yang kaki gaduh, lelaki yang lembut, lelaki yang emotional, dan macam-macam lelaki. Hehe.. Mereka akan berubah apabila sudah jatuh cinta kepada seorang perempuan sahaja dan menjadi lelaki yang hebat:-)
Cuma sebab ia ajaib, tak semua lelaki mempunyai keajaiban ini iaitu dapat menyintai hanya seorang perempuan sahaja, jatuh cinta hanya seorang perempuan dalam hidup dia.
Dan inilah setiap perempuan dalam dunia ini mahukan;-) Tapi tak semua perempuan bertuah dapat mempunyai lelaki yang hanya menyintai dirinya. Tapi saya percaya, perempuan yang memahami erti cinta sebenarnya, akan menemui lelaki ini, yang akan menyintai dirinya sepenuh hati, dan hanya dirinya dalam hati lelaki ini=)
So, saya harap, kepada semua perempuan yang percaya akan cinta, memahami apa itu cinta, dan menghargai cinta akan menemui lelaki yang mempunyai keajaiban ini. Especially to my friends, yani dan mas:-)
To me, I hope saya la perempuan itu dalam hati dia, yang hanya dia cintai dalam seumur hidupnya:-)

No comments: