Sunday, February 8, 2009

I LOVE MYSELF

Bila dikenang masa lalu, banyak sangat kenangan manis dan pahit. Kenangan manis buat saya tersenyum atau ketawa keseorangan. Kalau ada orang lain perasan, mereka tentu bertanya, bila saya cerita kan kenangan tu, kebanyakan orang akan tidak memahami. SEBAB apa? mereka tidak mengalami nya sendiri kan. Betapa best nya saat tu, perasaan yang tidak dapat digambarkan. Macam rasa diorang memang rugi la tak alami nya. haha..

Manakala kenangan pahit, ada yang buat saya berasa sedih dan sebak, ada juga yang akan buat saya berasa bangga dengan diri saya. Apa ye yang membuat saya bangga dengan diri semdiri? Tentu ada yang tertanya kan. Pada saat-saat itu, saya rasa sangat lemah, tidak berdaya untuk menghadapi dugaan itu. Sampai berkata pada diri yang saya tidak mungkin kuat untuk hadapi nya. Sekarang, pejam celik, saya telah berjaya lalui nya tanpa saya sedar. Sebelum ini, saya tidak yakin pada diri sendiri, tetapi sebenarnya, saya ada kekuatan dalam diri saya yang saya sendiri tidak sedar. Kekuatan itu datang kerana saya sayang kan diri saya.

Tiada siapa akan sayang macam mana kita sayang diri kita. Kasih sayang kita sendiri yang hanya mampu memberi kebahagiaan kepada kita. Kenapa? jika kita sayangkan diri kita, kita tak mahu bersedih sahaja, kita tidak mahu menyakit kan hati orang lain, kita mahu membuat semua orang sayang kita seperti kita sayang diri kita, tentu kita berbuat baik pada semua orang. (Eeee...teruk gak fikir balik..hahaha...) Adakah itu selfish? Hmm, terpulang kepada kamu untuk menilai.hehe..

3 comments:

y.a.r.n.i.e.i.r.i.s said...

i love u for who u r! ngeee.

y.a.r.n.i.e.i.r.i.s said...

berjaya survived dr heart-broken! --- proud of urself!sbb x semua org boleh overcome dat misery. =)

being aishah! said...

haha..thank you ye loved me, i love you too yani! (pelik nya ckp mcm ni...haha..)