Saturday, July 11, 2009

How Long?

How long this love will last? This question I keep ask myself. Semakin lama semakin kerap.

Ini sebab situasi yang kami hadapi sekarang. Kami tidak menjadi seperti dulu lagi. Banyak berubah, tak macam mula-mula bercinta dulu. Rasa hangat cinta tu dah semakin kurang.

Si dia juga sudah berubah, seperti tidak ambil kisah pasal perasaan aku. Dan aku pula memang seorang yang pemendam, menyimpan segala nya dalam hati. Walaupun aku pernah menyatakan ape yang aku rasa, tapi tu hanya 50%. Aku tak dapat luahkan sepenuhnya.

Apa yang selalu dia buat, kini tidak lagi dilakukan nya. Adakah percintaan seperti itu? Semakin lama, semakin hambar. Semakin lama, semakin membosankan. Semakin lama, semakin tiada kesungguhan untuk teruskan perhubungan yang lebih baik.

Aku mahu kan percintaan seperti Noah dan Allie, dalam novel The Notebook. Percintaan mereka sentiasa membara walaupun sehingga tua. Noah sentiasa berusaha membuat Allie, orang yang paling dia cintai, jatuh cinta pada dia seperti mula-mula dahulu. Dia kata tidak semua orang bertuah mempunyai peluang membuat orang yang kita cintai untuk jatuh cinta kepada kita berulang kali.

Percintaan sepatutnya begitu, walaupun sebelum kahwin atau selepas kahwin, ketika muda atau tua. Tapi sekarang, sebalik nya yang aku hadapi. Aku terasa sangat dalam hati, rasa kecewa. Kadang-kadang aku rasa makin tawar hati dengan relationship ini.

Aku tidak tahu samada hubungan ini semakin bertambah baik atau tidak. Jika semakin tidak, aku berkemungkinan akan mengundur diri............................... Aku nak lindung hati ku daripada terluka lagi, aku tak mahu hati aku pecah into hundred pieces again. It really take time to collect all the pieces and put it back as it was....................

2 comments:

Mas Lydia Hanif said...

Susah Cha. Aku dah rasa semua tu. And I think being single is agak simple. Tapi sampai bile?

Ko jagela relationship ko selagi terdaya. If die yang ko sayang and cinta. Fight for it babe. At least ko dah mencuba.

Evendo aku tak into mana mana lelaki sekarang ni tapi I think love is always worth it..

being aishah! said...

yes, now I am fighting tau.. but you tau x, kadang2 kn aku tak tau ape yg patut buat dan tak patut buat, ape yg btol or salah bg nk lasting our relationship..